Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 16 August 2021

KU TERUSKAN LAGI DIY KU

Memang sikap aku yang tidak boleh duduk diam. Dari memasang mozek, buat kolam ikan  dan ubahsuai ruang tamu hinggalah kepada ubahsuai ruang dapur.

Berbekalkan Awang Gugel dan Mat Tube aku belajar pelahan lahan. Biarpun lambat tapi akhirnya berjaya. Membina kabinet dapur dengan 28 pintu atas bantuan Bidadariku bukan sesuatu yang mudah. Namun berkat usaha menampakkan kejayaan. Biarpun separuh mati namun terus cekal hingga berjaya.

Sekarang hampir sekeliling ruang dapur berukuran 16 kaki x 18 kaki dipenuhi kabinet dapur hasil dari usaha sendiri. Puas dan puas... Rasanya tak nak ulang lagi membuat kabinet sebegini. Siksa dan menyiksakan lebih lebih lagi part untuk melekatkan rangka di dinding dengan menggunakan wall plug. Masyaalah siksanya



Awal mula - rangka pertama . Cubaan pertama alhamdulillah  berjaya



Setelah dipasang dinding menggunakan papan palet yang dibeli dari kedai shopee RM 3.00 sebatang kabinet tersebut menampakkan kecantiknnya , Lebih-lebih lagi apabila di cat dengan warna gelap bagi menzahirkan suasana antik ala-ala rumah dululu-dulu.



Setelah siap keseluruhanya dengan memasang cermin bantuan dari kawan-kawan untuk menyiapkan pintu


Selain kabinet gantung turut dibuat kabinet bawah bagi meletakkan barang barang yang lebih berat.

Secara keseluruhannyanya  kos dianggarkan hampir RM 2000.00  tanpa upah. Upah sendiri buat Maknanya upahnya free. Walaupun  tidak secantik tukang namun tetap  terserlah kepuasan. Puas kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang pada awalnya agak mustahil dan hampir berputus asa, Namun semangat Agi Idup Agi Ngelaban tetap membara di jiwa ku gagahkan jua akhirnya BERJAYA.

.............................AGI IDUP AGI NGELABAN ........................


Friday, 13 August 2021

TERIMA KASIH SEMUA- I LOVE U ALL


SIMPAN DISINI UNTUK KENANGAN SUATU KETIKA NANTI

Bukan penghargaan yang diminta. Bukan jasa yang dituntut. Bukan hadiah yang ditagih. Namun sebagai anak mereka tetap mahu mengenangkan jasa. Syukur atas hadiah yang diberikan. Sekurang-kurangnya boleh juga untuk menyiapkan kerja kerja pejabat semasa Work From Home. Normal baru. Gaya baru dan sentiasa jaga diri dari ancaman Covic 19.

23 Mac 2021 genap 59 tahun meminjam hidup dibumi Allah. Entah bila dijemput Ilahi belum ditentukan. Sambutan sederhana namun tetap meriah teruma dengan cucu yang comel lote tu. Satu satunya cucu aku sehingga kini. Hadiah ini tetap aku kenang hingga akhir hayat. Selepas tamat perkhidmatan awam  bolehlah pulak digunakan untuk belajar ugama melalui media sosial. Biarpun IT bukan kepakaran aku namun sekadar basic kata orang bolehlah. Asus ZenBook RM 3800.00 suatu nilai yang besar. Bukan sekadar nilai nilai wangnya namun nilai keikhlasan  serta ingatan dari anak anak dan menantu serta bidadari syurga ku yang juga  mama kepada anak anak ku. Terima kasih semua. Semoga kalian terus dimurahkan rezeki dan menjadi jutawan beriman. Doa yang selalu diminta oleh bidadari syurgaku yang juga ibu kepada anak-anak ku. Amin


Hadiah Harijadi ke 59. Laptop Asus ZenBook.💓


Budak yang paling sibuk siapa lagi kalau bukan Kyala Safrina - Cucu kesayangan Tok Abah
(Taman Bukit Mahkota, Kajang Selangor)


Simpan disini untuk kenangan suatu hari nanti


23 Mac 2020 harijadi aku yang ke 58. Seperti biasa setiap tahun anak-anak ku akan memberi hadiah . Kali ini mereka sepakat untuk menhadiahkan Tablet Huawei RM 2379.00 Terima kasih atas hadiah yang begitu bernilai ini. Mereka tahu waktu itu abahnya perlu  tablet ini bagi urusan harian. Mereka tunaikan. Namun ia bukan permintaan ku. Mereka ikhlas mungkin sebagai membalas jasa. Bukan ku minta jasa dibalas namun itu lah sikap Bidadari Syurga ku serta anak anak ku. I love u all


Hadiah harijadi ke 58 - 23 Mac 2020 ( Taman Bukit Mahkota Kajang Selangor)


23 Mac 2019 genap umur ku 57 tahun. Seperti tahun-tahun sebelumnya anak-anak dan bidadari syurgaku akan bersepakat untuk membeli hadiah sebagai  kenangan disetiap kali hari jadi. Tahun ini mereka menghadiahkan jam tangan ALBA. Suatu kenangan yang indah. Setiap masa aku pakai dan setiap kali aku  melihatnya aku akan teringat anak-anak dan bidari ku . Tarima kasih semua.👫👪


Terima kasih semua . Alhamdulillah💓💗


Friday, 6 August 2021

 

DIY – ATAS USAHA SENDIRI @ DEMI SEBUAH IMPIAN

Mencari kepuasan. Ini adalah satu kepuasan. Ubahsuai Kawasan rumah menjadi lokasi santai. Kolam ikan berada di dalam rumah. Ubahsuai menjadi ruang tamu. Jadilkan air terjun. Masukan ikan khap jepun. Sambil duduk membaca quran.

KOLAM IKAN DAN AIR TERJUN DI RUANG TAMU 

Tak banyak modal digunakan . Berbekalkan keringat yang ada dengan bantuan isteri siap kawasan untuk bersantai. Suka sangat area ini. Modal hanya habis untuk membeli peralatan yang boleh digunakan untuk berulang kali. Untungkan.

KOLAM YANG PASTI MENJANJIKAN KEDAMAIAN DENGAN PENGISIAN IKAN KHAP

Penat usahlah dicerita. Memang memenatkan. Tapi kerana minat aku teruskan jua. Cantik, antic persis rekaan istana lama. Gelap dan Nampak antik. Persis kediaman dulu. 


AWAL PERMULAAN PENGUBAHSUAIAN - OTAK SEORANG VETERAN


Ikat bata mungkin tidak sekemas tukang. Plaskan dinding ala – ala kulit kayu berbekalkan carian di Mat Google. Alhamdulillah menjadi. Yang pastikan tangan pendih terkena simen usahlah dicerita. Demi kepuasan aku buatkan jua.



PERSIS RUMAH ZAMAN DULU-DULU BIARPUN BERADA DITAMAN PERUMAHAN

Cantik tempat lepak. Mozek dipasang sendiri modal kecil hasil nya bolehlah taklah secant  yang professional. Tapi rasanya dah hamper sebuah rumah aku pasang sendiri. Ada  jiran jiran gelak bila aku sambung kawasan ini. Aku pekakkan telinga. Akhirnya memreka memuji. Cantik katanya. Aku diam mengenangkan kutukannya sebelum ini. Biarlah kerana begitulah manusia.




DISINI DIJADIKAN TEMPAT MENTELAAH ALQURAN

Disini tempat untuk aku istirehat bagi menghabis sisa sisa hidup sementara menanti kematian. Disinilah tempat aku berteduh sementara dijemput Illahi. Disini tempat aku bermesra menhabiskan sisa sisa hidup yang masih berbaki. Disni tempat aku mentelaah alquran peneman aku dihari tua. Cuma adakah tempat ini dijadikan kediaman anak anak ku bila kami semua sudah tiada. Tiada dijemput yang Maha Esa. Atau  kediaman ini menjadi rumah using yang tidak berpenghuni. Semoga tidak sebegitu.



SETELAH SIAP - KERJA KERJA MENGECAT DIKAWASAN LUAR


06 OGOS 2021 @ PKP - PMN FASA I

Thursday, 5 August 2021

MENJELANG 60

NORMAL BARU ...... Tidak seperti dulu. Covic 19 masih menhantui kita. tiada kesudahan. Pelbagai usaha pencegahan telah diambil oleh pihak berwajib. Namun masih belum menunjukkan tanda-tanda keredaannya. Bukan sahaja disini nuunnnn jauh disana juga demikian. Mungkin ujian dari Allah. Hanya Allah yang mengetahui. Ada yang telah lengkap vaksin termasuk aku. Tapi masih ada yang tidak mahu divaksinkan. Atas pelbagai alasan. Kadang ketika tidak faham kenapa tidak mahu divaksinkan. Biarkan, tapi tidakkah ia akan memudaratkan orang lain. Entahlah. Konsep "Kita Jaga Kita" nampaknya GAGAL diterjemahkan oleh golongan ini. Hanya mereka yang tahu. Memakai pelitup muka, keluar tanpa ditemani dan terperap didalam rumah serta tidak bisa pulang ke kampung halaman tercinta sudah menjadi biasa. Menjadi Normal Baru. Moga Allah angkatkan kejahatan COVIC19 ini supaya kita tidak terganggu untuk membuat amalan seperti biasa. Memenuhi Rumah Mu, Rumah Allah seperti dulu-dulu. Semoga doa dimakbulkan.





MENJELANG 60. Hanya beberapa bulan. Seronok untuk bebas sebebasnya. Boleh menumpukan amal ibadah, amal jariah setelah tidak lagi mempunyai tanggungjawab  yang dipikul sejak 40ntahun lalu. Satu jangka masa yang lama. Namun demi sesuap nasi aku teruskan jua hingga saat - saat akhir. Hingga aku dijemput Ilahi. Ya Allah kurnikanlah nikmat kesihatan yang berterusan semoga aku dapat berbuat ibadah padamua. MenQadhakan yang tertinggal atas kecuaian dan kejahilannaku dimasa lalu. Ampunkan dosa-dosa yang masih menebal dihati ini. Bersihkan hati ku ini semoga ibadah dan amal ku diterima.

MENJELANG 60 dan selepas 60 sudah ramai  teman teman ku telah dijemput mengadap mu Ya Allah semoga mereka bebas dari sebarang seksaan mu. Masa-masa  begini  kitab menjadi teman AlQuran menjadi kawan. Meneliti setiap ayat ayat suci yang ditinggalkan sebelum ini sekian lama. Solat berjemaah setidaknya  bersama keluarga di rumah.

Tiada yang indah selain menghabiskan waktu dan ketika bersama cucu tersayang Kyalasafrina, satu-satunya  cucu ku yang genap 2 tahun 7 Ogos 2021. Kenakalan dan keriangan mu membuat aku terlalu merindui kerenahnya setiap masa.

Genap 60 tahun aku akan meninggalkan kota yang penuh kesibukan ini untuk menabadikan diri di kampung halaman. Di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Teratak lama yang dibeli 20 tahun yang lalu. RM 67000.00 di tahun 2013 . Rumah yang disewa kemudian menjadi milik ku. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjual rumah kepada ku biarpun tidak se GAH mahligai namun syukur dan cukup untuk kami berdua. Anak anak hanya balik sekali sekala. Lepaklah diruang tamu. Santailah didepan kolam ikan dan air terjunyang dibina atas kudrat sendiri. Kolam yang berada didalam rumah. Diruang tamu. Pelikkan tapi memang santai..

Disini ada segalanya. Ada tempat ibadah untuk beribadah. Hanya beberapa meter dari rumah ku. Bolehlah sekadar untuk mengabadikan diri pada Illahi. Tidak mungkin aku menetap di sini, kota yang sibuk tanpa ketenangan. Aku orang kampung tetap kembali ke kampung halaman. Birpun bukan di kampung tumpah darahku tetapi tetap di negeri tumpah darahku.

Gembira dan tidak sabar untuk menghabiskan sisa sisa hidup yang masih berbaki dengan umur yang dikatogerikan sebagai Bonus. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat dan dipanjangkan umur dan makbulkan doa setiap  selesai solat hajat. Aminnnn..

05 Ogos 2021 menjelang sambutan Hari Lahir cucuku Kyalasarina yang ke 2 tahun...

ABADIKAN DISINI DEMI CUCU KU TERSAYANG.TOK ABAH 
DAN TOK MAMA SAYANG KYALA