Berkhidmat dalam tentera dengan pangkat Kapten amat membanggakan. Kesana kesini pegawai pegawai bawahan kita yang lebih dikenali sebagai LLP ( Lain – Lain Pangkat ) atau PTT ( Pegawai Tanpa Tauliah ) akan memanggil kita ”Tuan”. Arahan dipatuti dan semua kerja dilaksanakan dengan penuh disiplin, tertib dan tanpa apa apa bantahan dan kerenah yang menyakitkan . Bertapa tingginya nilai disiplin dalam tentera. Terima kasih atas pembetukan peribadi semasa di Sekolah Pegawai Kedet dan Pusat – Pusat Latihan Ketenteraaan seperti Sekolah Tempur Pegawai Muda , Kota Belut , Sabah.
Berkhidmat untuk tempoh 11 tahun bukanlah satu jangka waktu yang lama. Pejam celik sudah cukup 11 tahun berbanding dengan anggota yang berkhidmat 21 tahun ke 23 tahun. Tapi 11 tahun penuh kenangan dan peristiwa lebih lebih lagi berada dalam Rejimen Renjer. Ada melayu , cina , india , iban , kadazan , bak kata orang sekarang ”1 Malaysia”. Seronok bercampur dengan pelbagai bangsa didalam satu kelompok yang agak besar. Berkhidmat dengan pelbagai bangsa dalam Rejimen Renjer tidak mendatangkan sebarang masalah lebih lebih lagi dengan kata semangat dan motto ” AGI IDUP AGI NGELABAN” bahasa iban yang membawa erti ” SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG ” Kata keramat Rejimen Renjer yang membakar semangat pegawai dan semua anggota. Jika diperhalusi ia boleh menaikan bulu roma .
Setelah melalui liku liku hidup dalam tentera selama 11 tahun , keputusan diambil untuk menamatkan perkhidmatan . Antara sebab adalah kononya tidak mahu masuk hutan , tidak mahu berpindah randah , ikut jejak kawan dan kononya didalam perkhidmatan awam lebih menguntungkan dan menyeronokan . Menyesal atau tidak sukar untuk di tafsirkan. Tapi yang nyata sesal kemudian tiada gunanya . Hanya empunya diri yang tahu.
Setelah menamatkan perkhidmatan tentera , menjalani kurus peralihan di sebuah syarikat Kawalan Keselamatan berboskan seorang bekas pegawai tentera juga berpangkat Kapten , dengan harapan dapat memohon lesen Kawalan Keselamatan. Setelah banyak kerenah dan birokrasi , jawatan dalam perkhidmatan awam diintai. Kebetulan ada jawatan kosong dalam bahagian penguatkuasa disebuah jabatan kerajaan. Memohon dan nasib agak baik kerana rezeki menyebelahi kita. Meneruskan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam dari pertengahan tahun 1992 sehingga sekarang sudah 19 tahun . Sekejap rasanya . Jika dicampur dengan perkhidmatan sebagai pegawai tentera hampir 11 tahun , jumlah perkhidmatan sudah mencecah hampir 30 tahun. Ugh ..... satu jangka waktu yang lama . Secara jujurnya jika diundurkan waktu rasanya tidak sanggup......
Disangka dalam perkhidmatan awam tiada lagi istilah pindah randah . Jika dalam tentera perkhidmatan pertama di Johor Bharu , ditukarkan ke Sibu , dihantar pula ke Kuching dan akhirnya balik ke Johor Bharu. Empat tempat selama 11 tahun . Tapi nasib baik kerana didalam tentera ramai yang membantu. Rupanya dalam perkhidmatan awam juga mengalami keadaan yang sama dalam tempuh 19 tahun sudah 4 tempat berpindah . Pertukaran pertama di Kota Bahru , ditukar ke Perlis kemudian dihantar ke Trengganu dan balik ke Kota Bharu. Cuma kini semuanya dibuat sendiri dari pembungkusan kepada pengaturan barang dirumah baru. Jauh bezanya semasa dalam tentera. Jika 4 campur 4 sudah menjadi 8 , kata orang tua tua , jika 7 kali berpindah boleh jadi papa kedana tapi sebab sudah 8 kali mungkin dah lepas sumpahan itu.........secara berguraunya... Dengan berbaki 7 ke 8 tahun dalam perkhidmatan awam , kekuatan semangat harus dibina , kesihatan perlu dijaga dan tugas perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa gagal.
Percaturan untuk menamat perkhidmatan dalam tentera agak kurang tepat. Jika dilihat ketika ini semua kawan kawan yang masih meneruskan perkhidmatan rata rata berpangkat Leftenan Kolonel atau Kolonel dan ada yang berpangkat Brigdier Jeneral bergelar Dato. Tahniah kepada kawan – kawan . Cuma kita harus ingat ” Rezeki itu telah ditentukan oleh Yang Maha Esa” Syukur atas apa yang ada dan syukur atas apa yang dinikmati. Jika kita berusaha dan mengamalkan disiplin kerja yang tinggi dimana mana pun kita boleh berjaya . Berbekalkan 2 kali Perkhidmatan Cemerlang dan pangkat yang selesa dengan persekitaran kerja yanag amat menyeronokkan , perkhidmatan akan diterus dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.
Terima kasih atas kawan kawan yang membantu
Captmus : 01Ogos 11 @ 2217hrs
salam tuan,
ReplyDeletesaya berminat membaca blog tuan dan diharapkan dapat diceritakan pengalaman semasa di dalam servis selama 11 tahun dalam ATM.
Untuk pengetahuan tuan, ayah saya juga merupakan pegawai tentera di dalam Kor Renjer dan masih lagi berkhidmat sehingga kini dan rasanya tuan mesti mengenalinya.
Siapa ayah saudara. Tolong beritahu
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeleteMaaf terlambat membalas. Kalau dilihat pada no tentera tuan mungkin ayah saya sedikit senior dari tuan. Ayah saya Brig Gen Mahadi Abdul (T411620) yg sekarang ini berada di Mindef.