Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 1 August 2011

Ingatkan Aku Disini Selamanya .... Tapi Rupanya Rezeki Dimana - Mana…



Berkhidmat dalam tentera dengan pangkat Kapten amat membanggakan. Kesana kesini  pegawai pegawai bawahan kita  yang lebih dikenali sebagai LLP  ( Lain – Lain Pangkat ) atau PTT ( Pegawai Tanpa Tauliah ) akan memanggil kita  ”Tuan”. Arahan dipatuti dan semua kerja dilaksanakan dengan penuh disiplin,  tertib dan tanpa apa apa bantahan dan kerenah yang menyakitkan . Bertapa tingginya  nilai disiplin  dalam tentera. Terima kasih atas pembetukan peribadi semasa di Sekolah Pegawai Kedet  dan Pusat – Pusat Latihan Ketenteraaan seperti Sekolah Tempur Pegawai Muda , Kota Belut , Sabah.

Berkhidmat untuk tempoh 11 tahun bukanlah satu jangka waktu yang lama. Pejam celik sudah cukup 11 tahun  berbanding dengan  anggota yang berkhidmat 21 tahun ke 23 tahun. Tapi 11 tahun penuh kenangan dan peristiwa lebih lebih lagi berada dalam Rejimen Renjer. Ada melayu , cina , india , iban , kadazan , bak kata orang  sekarang ”1 Malaysia”. Seronok bercampur dengan pelbagai bangsa didalam satu kelompok yang agak besar. Berkhidmat dengan pelbagai bangsa dalam Rejimen Renjer tidak mendatangkan sebarang masalah lebih lebih lagi dengan kata semangat dan motto ” AGI IDUP AGI NGELABAN”  bahasa iban yang membawa erti ” SELAGI HIDUP SELAGI  BERJUANG ” Kata keramat  Rejimen Renjer yang  membakar semangat pegawai dan semua anggota. Jika diperhalusi ia boleh menaikan bulu roma .

Setelah  melalui liku liku hidup dalam tentera selama 11 tahun , keputusan diambil untuk menamatkan perkhidmatan . Antara sebab  adalah kononya  tidak mahu masuk hutan , tidak mahu berpindah randah ,  ikut jejak kawan dan kononya didalam perkhidmatan awam lebih menguntungkan dan menyeronokan . Menyesal atau  tidak sukar untuk di tafsirkan. Tapi yang nyata sesal  kemudian tiada gunanya . Hanya empunya diri yang tahu.

Setelah menamatkan perkhidmatan tentera  ,  menjalani kurus  peralihan  di sebuah syarikat Kawalan Keselamatan berboskan seorang  bekas pegawai tentera juga berpangkat Kapten ,  dengan harapan dapat memohon lesen Kawalan Keselamatan. Setelah banyak kerenah dan birokrasi , jawatan dalam perkhidmatan awam diintai. Kebetulan ada jawatan kosong dalam bahagian penguatkuasa  disebuah jabatan kerajaan. Memohon dan nasib agak baik kerana rezeki menyebelahi kita. Meneruskan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam dari pertengahan tahun 1992 sehingga sekarang sudah 19 tahun . Sekejap rasanya . Jika dicampur dengan perkhidmatan sebagai pegawai tentera hampir 11 tahun , jumlah perkhidmatan  sudah mencecah  hampir 30  tahun. Ugh ..... satu jangka waktu yang lama . Secara jujurnya jika diundurkan waktu rasanya tidak sanggup......

Disangka dalam perkhidmatan awam tiada lagi istilah  pindah randah . Jika dalam tentera  perkhidmatan pertama di Johor Bharu  , ditukarkan ke Sibu , dihantar pula ke Kuching dan akhirnya balik ke Johor Bharu. Empat tempat  selama 11 tahun . Tapi nasib baik  kerana didalam tentera ramai yang membantu. Rupanya dalam perkhidmatan awam juga mengalami keadaan yang sama dalam tempuh 19 tahun sudah 4 tempat berpindah . Pertukaran  pertama di Kota Bahru  , ditukar ke Perlis   kemudian dihantar ke Trengganu  dan balik ke Kota Bharu. Cuma  kini semuanya dibuat sendiri dari pembungkusan kepada pengaturan barang dirumah baru. Jauh bezanya semasa dalam tentera. Jika 4 campur 4 sudah menjadi 8 ,  kata orang tua tua  , jika  7 kali berpindah  boleh jadi  papa kedana tapi sebab  sudah  8 kali mungkin dah lepas sumpahan itu.........secara berguraunya...  Dengan berbaki 7 ke 8 tahun dalam perkhidmatan awam ,  kekuatan semangat harus dibina , kesihatan perlu dijaga  dan tugas perlu dilaksanakan  dengan sebaik mungkin tanpa gagal.

Percaturan untuk menamat perkhidmatan dalam tentera agak  kurang tepat. Jika dilihat  ketika ini semua kawan kawan yang masih meneruskan perkhidmatan  rata rata berpangkat Leftenan Kolonel atau Kolonel  dan ada yang berpangkat Brigdier Jeneral bergelar Dato. Tahniah kepada kawan – kawan . Cuma kita harus ingat ” Rezeki itu telah ditentukan oleh Yang Maha Esa” Syukur atas apa yang ada dan syukur atas apa yang dinikmati. Jika  kita berusaha dan mengamalkan disiplin kerja yang tinggi dimana mana pun kita boleh berjaya . Berbekalkan 2 kali Perkhidmatan Cemerlang dan pangkat yang selesa dengan persekitaran kerja yanag amat menyeronokkan , perkhidmatan  akan diterus  dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.

Terima kasih atas kawan kawan yang membantu


Captmus : 01Ogos 11 @ 2217hrs

3 comments:

  1. salam tuan,


    saya berminat membaca blog tuan dan diharapkan dapat diceritakan pengalaman semasa di dalam servis selama 11 tahun dalam ATM.

    Untuk pengetahuan tuan, ayah saya juga merupakan pegawai tentera di dalam Kor Renjer dan masih lagi berkhidmat sehingga kini dan rasanya tuan mesti mengenalinya.

    ReplyDelete
  2. Siapa ayah saudara. Tolong beritahu

    ReplyDelete
  3. salam tuan,


    Maaf terlambat membalas. Kalau dilihat pada no tentera tuan mungkin ayah saya sedikit senior dari tuan. Ayah saya Brig Gen Mahadi Abdul (T411620) yg sekarang ini berada di Mindef.

    ReplyDelete