Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 29 October 2011

Pertandingan Bowling Penguatkuasa Kelantan



Pertandingan  Bowling Penguatkuasa Kelantan diadakan pada27 Oktober 2011 di Billion Bowling . Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat baru. Hai macam macam ragam ada yang laju kekiri ada yang laju ke kanan  . Pin tersenyum tak kena baling. Maknanya tak sakitlah si Pin tu . Hai saya  pun dah tiga tahun tak main tapi  rasanya masih boleh main. Tahniah kepada YUSRI SURADI yang bolot banyak hadiah.


Pertandingan ini dirancang diadakan setiap 2 bulan sekali dengan satu Piala Pusingan Penguatkuasa Kelantan. Rasanya elok juga Pila Pusingan itu di beri nama khusus. Nanti sama sama kita fikirkan.
Namun agak kecewa kerana tempat itu agak kurang selesa. Kasut pun koyak rabak , lane tak berapa elok dan bola pun dah nazak.



Walaupun demikian diharap program ini diteruskan bagi mengerakkan lagi talian persahabatan antara  pegawai dan kakitangan Penguatkuasa Kelantan. Program ini adalah wajib serta dan wajib hadir sebagai salah satu program pembetukkan semangat berpasukan.



Tahniah kepada yang berjaya dan yang  kurang bernasib baik boleh cuba lagi dua bulan dari sekarang.



Buat latihan dan persiapkan diri  bagi pertandingan akan datang. Kepada penyelaras dan AJK yang diketuai oleh Tuan Anuar Suzli bin Tuan Abdullah diucapkan tahniah kerana berjaya mengendalikan dengan baik dan memuaskan .



Namun  masih ada segelintir yang masih tidak menepati  masa  ditetapkan  bermula pada jam 3.00 petang. Semoga semua pegawai dan anggota Penguatkuasa Kelantan menepati masa  yang ditetapkan. Perkara yang sama diharapkan tidak berulang  lagi. Jika dijadualkan jam 3.00 maknanya  mesti berada di lokasi yang ditetapkan sekurang kurangnya 10 minit sebelum masa ditetapkan   bagi urusan penyelarasan dan program tepat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.


'Is Is Is apahal pulak yang sorang ni. Kalau ye pun frust tak kan begitu sekali malunya. Semua orang dah balik pun kah kah kah'

Tahniah atas kejayaan tuan tuan…

Captmust 29/10/11 @ jam 2017hrs

Thursday, 20 October 2011

Masih adakah hari esok untuk kita ....................


Kita diingatkan sebelum tidur membaca ayat ayat suci alquran dan  mengingati kepada Allah kerana tidur kita sebahagian dari mati. Ada yang  tidur  akhirnya terus meninggalkan dunia ini dengan  aman tanpa sakit  dan menyusahkan sesiapa untuk menjaga nya. Dalam keadaan begitu , pemergiaan seseorang itu  dengan penuh aman. Usah memikirkan kehidupan seribu tahun akan datang tetapi fikirlah kematian hari esok. Jika  ditakdirkan esok  hari terakhir maka berakhirlah kehidupan kita ,  harta yang bertimbun di tinggalkan , sayang macamana pun pada seseorang   jika dijemput Illahi sayang  itu juga tiada lagi maknanya. Kerana sayang juga tidak boleh bawa  bersama kematian.

Yang pasti diiring bersama hanyalah kain putih    dan keranda selain sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa. Esok memang masih ada tetapi adakah ia pasti esok  untuk kita,  mungkin esok untuk orang lain bukan untuk kita. Janganlah kita terlalu yakin bahawa esok masih ada untuk kita. Kematian berlaku dimana mana , bila bila dan kepada seseiapa sahaja tidak kira usia  , kaya atau miskin  , bahagia atau derita seseorang itu. Kerana kematian adalah ketetapan  Allah yang Maha Mengetahui.

Ada orang yang mati kerana sakit , ada yang mati kerana  kemalangan , ada yang mati kerana ajalnya memang pada saat itu  dan ada juga yang sanggup mati kena  kasih nya pada seseorang. Jika kematian itu boleh ditangguh semua orang mahu menanguhnya dan jika kematian itu  diketahui lebih awal   resah gelisah manusia dibuatnya . Namun itulah kebesaran Allah merahsiakan saat kematian.
Jika kita menggangap  esok masih ada, kita akan terus lalai kerana berangapan bahawa kita boleh membetulkan segala kesilapannya pada hari esok dan esok tetap ada,  bila tiba hari esok  , maka esok selepas itu masih ada . Persoalannya bilakah berakhirnya  hari esok.

Jika kita meletakkan bahawa  esok adalah hari terakhir kita , maka amalan kita akan menjadi lebih kuat ,ingatkan  Allah dengan lebih amalan dan urusan dunia berada di tempat kedua kerana  amalan akhirat adalah segalanya. Tetapi biatrpun amalan  akhirat diutamakan jangan pula   urusan dunia diabaikan dan dibiarklan biarpun  kita mengganggap  esok sudah tiada lagi. Persimbangan antara dunia dan akhirat perlulah perincikan dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya. Takut takut esok juga masih ada untuk kita .Tetapi dimanakah letaknya hati  kita  jika kita merasakan bahawa  esok sudah tiada lagi ………

Captmust @ 20/10/11 ….0115 hrs

Saturday, 15 October 2011

Hargailah pemberian , walaupun pemberian itu sebesar biji beras……


 Apa sahaja pemberian .....terima lah dengan ikhlas

Pemberian ikhlas walaupun sebesar biji beras tetap suatu rezeki.Bukan semua dapat pemberian itu. Masih ingat semasa mengerjakan umrah tahun 2008 dihadiahkan sebuah kitab suci AlQuran besar dihadapan pagar Masjid Nabawi dan pemberian hanya  diberikan kepada saya. Kenapa tidak kepada orang lain lebih lebih lagi di tempat suci umat islam. Siapa hamba Allah yang menghadiahkan naskah Al Quran itu. Itu semuanya kerana rezeki kita tidak sama, adakalanya kita dapat orang lain tidak dapat dan dalam keadaan tertentu orang lain dapat kita pula yang tidak dapat.

Pemberian  yang paling diingati adalah sesuatu pemberian ikhlas dari sesiapa sahaja dan pemberian  atau hadiah , cenderahati atau apa sahaja sekecil mana sekali pun mestilah dihargai. Memusnahkan pemberian iklhas dari seseorang seolah olah merobekkan hatinya. Jadi jagalah dan simpanlah ditempat yang istimewa. Yang indahnya pemberian itu adalah sesuatu rezeki dan seperti  kata saya rezeki antara kita tidak sama .

Saya amat menghargai pemberian seseorang samada  pemberian itu dari seorang budak kecil , kawan , isteri atau sesiapa sahaja dan ianya di simpan disuatu tempat khusus .Mungkin masa kita marah macam macam dicakap  nak dibuanglah nak dihancurkan lah nak dibakarkan lah tapi hakikatnya jika kita menyayangi hadiah  , cenderahati atau pemberian itu ia hanya sekadar melepas geram . Setelah  keadaan sejuk maka semua itu disimpan rapi ditempat asal. Macam kita marahkan seseorang  sehinggakan kadangkala kita cuba patah patahkan kad sim  hand phone kerana  terlalu kecewa  atau tidak mahu diganggu  tapi mungkin kerana sim kad itu juga merupakan satu pemberian atau hadiah  ianya menjadi suatu koleksi istimewa. Selepas keadaan tenang  maka ianya disimpan rapi juga ditempat asalnya.
  Sekadar hiasan - blog

Itulah istimewanya jika kita menghargai apa sahaja pemberian dari sesiapa sahaja dan menganggap bahawa  setiap pemberian itu adalah rezeki istimewa maka ianya akan tetap dikenang untuk selamanya. Jika kita tidak menghargai pemberian seseorang  rasanya ia sesuatu yang tidak amanah dan kita harus rasa bersalah diatas  kegagalan menghargai setiap pemberian itu.

Capt (R ) Mustafa
15/10/11 @ 2215 hrs.

Anugerah Inovasi JPV, Malaysia




Pertandingan Anugerah Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia diadakan di Bilik Tayang  , Tingkat 4 , Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia , Putrajaya pada 12 Oktober 2011. Seramai 19  orang yang menyertai pertandingan itu dengan pelbagai tajuk dan cara perbentangan. Beberapa katogeri dipertandingkan dan sebagai wakil Bahagian Penguatkuasa JPV Malaysia  ,   satu inovasi bertajuk ENFORCE II yang termasuk dalam katogeri  Inovasi Perkhidmatan dibentangkan dalam pertandingan itu. Pembentangan dibuat oleh Kapt ( B ) Mustafa Dollah , Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri , Kelantan.

ENFORCE II merupakan satu bentuk  penyimpanan data  khususnya data berkaitan dengan kes  kes mahkamah di Bahagian Penguatkuasa dan dibangunkan dalam bentuk database ( db )  melalui Program Microsoft Excess. 

Secara jujur pada mulanya agak keberatan untuk saya menyertai pertandingan itu tapi atas dorongan dan  galakan dari Encik Zaharinan  bin Aziz iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Operasi ) , Bahagian Penguatkuasa  JPV Malaysia saya meneruskan  hasrat itu. Dihadapan 4 orang panel hakim  pembentangan dilakukan dengan penuh yakin yang turut  disokong oleh pegawai pegawai  dari  Penguatkuasa Negeri Sembilan , Selangor dan Wilayah Persekutuan  serta Pegawai Pegawai Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat.  Terima kasih atas kedatangan tuan tuan. Sokongan moral itu telah membuat saya bertambah yakin dan bertambah bersemangat.

ENFORCE II diharap dapat memberi faedah yang maksima kepada Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat dan juga Penguatkuasa Negeri dalam mengatasi masalah penyimpanan data.
Hasil pertandingan itu masih belum diumumkan siapakah pemenangnya dan  berharap  keputusan itu berpihak kepada ENFORCE II. 

Terima kasih atas sokongan tuan khususnya Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia YH Dato Haji Mohamed Radzuan bin Malik , En Zaharinan  bin Abd Aziz , En Soh Tian Siong dan En Jamadi bin Badri serta semua yang memberi sokongan padu dalam menjayakan penyertaan Pertandingan Anugerah Inovasi JPV Malaysia. Semoga berjaya. Insyaalah……..

Capt  ( R ) Mustafa bin Dollah
Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri ( KPVN )
Kelantan.
151011@2321hrs

Friday, 14 October 2011

Seronoknya sebagai Pegawai Tentera……



Displin dalam tentera begitu unik.Apa tidaknya apabila kita berhenti dari perkhidmatan tentera kita masih boleh mengamalkan. Saya telah menamatkan perkhidmatan tentera sejak 19 tahun yang lalu  tapi masih  mengamalkan disiplin tentera. Sebagai seorang bekas pegawai berpangkat kapten sudah tentu  disiplin menjadi teras tugas. Tanpa disiplin sudah pasti kerja tidak terancang dan  hidup tak ketahuan. Masih segar dalam ingatan seorang Pegawai Memerintah ( CO ) iaitu Lt kol Wan yang tinggi disipilinnya kerana  padanya masa adalah segalanya. Kalau diminta siapkan tugas itu pada jam 2 petang maknanya kenalah siap pada  jam itu dan diserahkan kepadanya sebelum tamat waktu .Kalau tidak nahas dibuatnya. Fail entah kemana dan jendela menjadi tempat terjunnya fail fail itu. Pantang dengar masalah anggota diselesai segera. Cuti yang diminta dilulus tanpa soal asalkan masalah selesai. Antara jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dia adalah bos yang garang tapi penuh disiplin tapi  selepas jam 5 petang dia adalah kawan dan  bapa yang begitu perihati. Itulah uniknya dia. Seorang pegawai yang penuh disiplin.

Mengamalkan disipilin yang diterapkan dalam tentera selepas bersara tiada salahnya bahkan banyak faedahnya. Anak anak  keluar rumah dan balik ikut jadual , belajar ikut masa   dan jadual waktu menjadi amalan. Kerja yang dibuat  mengikut target masa yang ditetapkan  dan hormat menghormati sudah menjadi amalan.Jika disiplin  tiada lagi dalam hidup atau dalam diri kita apa nak jadi. Semuanya berjalan tanpa terurus. Menjalani kehidupan sebagai pegawai tentera khususnya dalam Rejimen Renjer amat menyeronokkan . Ada  Melayu , Iban . Cina ,India dan lain lain bangsa. Semua akrab tanpa mengira  apa bangsanya  dan  seolah seolah satu keluarga yang makjuk , satu keluarga yang unik. Tolong menolong antara isteri  sudah menjadi amalan biasa. Menghadiri aktiviti  BAKAT ( Bakan Kebajikan Anggota Tentera )  setiap petang rabu sudah menjadi rutin dengan pelbagai aktiviti.

Hasil dari amalan disiplin yang diamalkan  semua anak anak berjaya dalam pelajaran  . Pematuhan pada arahan mesra tapi tegas adalah kunci segalanya. Jika disuruh mesti dibuat jika tidak mesti memberi alasan yang  boleh diterima . Namun sayang ada sesetengah anggota atau bekas anggota tentera menanggap bahawa disiplin sesuatu yang amat membebankan. Kenapa ini terjadi  . Ia terjadi kerana sikap tidak suka ikut perintah dan arahan ketua . Jika itu amalannya bila diirumah siapa yang jadi  ketua bukankah kita yang menjadi ketua . Macamanan ketua nak memerintah atau mentadbir  kalau ketua tidak ikut perintah . Sudah tentulah  ia amat mengecewakan. Gunakan amalan dan disiplin dalam tentera sebagai  ikutan dan amalan sihat  kerana ianya banyak faedah dalam pembetukan diri serta  pembetukan peribadi mulia….

Captmus: 14/10/11 @ 2341hrs..

Friday, 7 October 2011

Kekuatan Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
              
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?'
Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi' (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?' 

Allah yang Maha Suci menjawab, 'Ada, iaitu api' (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), 

Para malaikat kembali bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?' 

Allah yang Maha Agung menjawab, 'Ada, iaitu air' (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), 

Para malaikatpun bertanya kembali 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?' 

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, 'Ada, iaitu angin'   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat), 

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi 'Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?' 

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, 'Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya '.
 
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
 
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : 'Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya'.
 
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah 

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. 

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb : 

Allah Ta'ala berfirman, ' Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ' . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
 
Allah Ta'ala berfirman, 'Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui' . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
 
RasulAllah SAW bersabda, 'Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah '. Yang satu lagi menyeru ' musnahkanlah orang yang menahan hartanya ' .
 
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
     ' Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah ' .
 
' Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ' .
 
batilah penyakitmu dengan sedekah' .
 
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah, 

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. 

Sedekah yg pahalanya terus mengalir
 
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : 'Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya ' (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
1.      Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2.      Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3.      Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4.      Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5.      Tempatkan pendingin air di tempat awam .
6.      Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
7.      Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8.      Edarkan CD Quran atau Do'a .
9.      Bantulah pendidikan seorang anak.

surah Al-Baqarah Ayat 159 :
 
'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk ' .
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: ' Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat '.