Tanpa bicara tentang statik ,
tanpa bicara tentang jumlah yang
terlibat baik dari segi bangsa atau ugama namun yang nyata tetap nyata. Itu kita mesti terima hakikatnya.
Sebagai seorang Pegawai
Pendakwa yang menjalankan tugas tugas
dimahkamah , rasa terharu sering terdetik dihati kecil bilamana melihat betapa
ramainya anak anak muda yang terlibat. Bukan terlibat sebagai Pegawai Pendakwa
atau sebagai Peguam atau sebagai pemerhati tapi terlibat dengan apa yang
dikatakan Methamphetamine . Juga dikenali sebagai “pil
kuda” yang lebih manis dikenali sebagai “butir”.
Hanya mereka yang tertentu sahaja tahu
maksud ini seolah olah sebagai satu nama samaran.
Kesedihan dan kehibaan disudut hati selalu terdetik setiap kali hadir ke mahkamah. Ada sahaja kes di sebut atau dibicara tentang Pil Kuda .Kalau tiada lesen memandu
atau ,memandu kereta tanpa cukai jalan usahlah dikira bahkan semacam perkara
biasa. Namun sedih bila ramai anak anak muda yang memakai “ Gelang besi “ hampir
keseluruhannya kesalahan memiliki pil kuda
atau menguna pil kuda untuk badan
sendiri . Sedih dan terharu kerana rata rata yang terlibat itu
adalah sebangsa dengan saya maksudnya kebanyakannya anak anak muda melayu . Mungkin negara Malaysia ini terlalu mewah
jika dibanding dengan negara lain. Anak anak muda Malaysia mempunyai banyak wang yang akhirnya digunakan
untuk membeli “najis “ tersebut.
Sedih bila melihat muka muka
comel berderet memakai gelang besi duduk
bersila atau mencangkung di dalam mahkamah menanti kes disebut.Ada yang muka sedih ada yang muka
selamba dan yang sedihnya ada yang bangga . Pernah bertanya salah seorang yang
terlibat katanya dia sudah berkali
kali masuk penjara kerana ayah dan ibu
tidak mampu membawa denda . Bila ditanya
lagi kenapa buat mak susah hati. Dengan
selamba dia menjawab saja je ikut kawan kawan.Masyaaalah.Dimanakah kasih sayang
dan ajaran ugama yang diterapkan oleh ibu dan ayah. Dimanakah letakkan
harapan menggunung yang diharapkan
oleh kedua dua ibu bapa. Betapa hancurnya hati meraka namun jawapan selamba sebegitu menghancurkan jiwa ibu dan bapa tidak kira siapa dia samaada orang kaya atau orang miskin.
Operasi yang dijalankan oleh
agensi penguatkuasa samaada bahagian nokotik PDRM atau Agensi Anti Dadah
Kebangsaan ( AADK ) bagaimana tidak memberi
kesan apa tidaknya pengikut semakin
ramai dan yang ditangkap semakin hari
semakin bertambah . Peranan siapa
sebenarnya. Ibu dah bagi nasihat , bapa sudah member tunjuk ajar , Bahagian
Nakotik sudah membuat operasi, AADK
telah menjalani tugasnya , kempen
dijalankan oleh pelbagai agensi namun kenapa masih ramai yang terlibat. Siapa
lagi yang harus main peranan. Tidak lain dan tidak bukan peranan hendaklah dimainkan
oleh diri sendiri. Tubuh badan empunya diri. Azam dan tekad yang tidak menebal dan hati yang
rapuh menghadapi gagal menepis dugaan
terutama pengaruh atau pelawaan kawan
kawan.
Pengaruh kawan menjadi ikutan, nasihat ibu dan bapa dicampak ke tepi . Mula mula hanya hendak mencuba , nak try
dan nak acu buat namun akhirnya menjadi
ikutan , menjadi pengikut setia dan
lebih hebat menjadi pengedar atau lebih
teruk membuka “ Ladang Kuda” . Silap langkah
tali gantung menunggu baru tamat riwayat.
Terima kasih kepada agensi
penguatkuasa seperti polis dan AADK yang
bekerja keras. Tahniah kepada ibu bapa yang mengambil berat tentang anak anak namun tanpa pemantauan
berterusan gejala ini tidak mungkin dapat dibenteras atau dikurangkan bahkan
akan terus subur dikalangan anak anak
muda yang mungkin salah seorang anak itu adalah anak kita atau anak saudara
mara kita. Semua dijauhi dari gejala
jahanam ini.
Captain Mus 290911 @ 2251 hrs