
“OSIOU OH KAMANANG”
[ “SIAPA BERANI MENANG
(WHO DARES WIN)”. ]
Bila melihat dan mendengar kawan
kawan dari Bn 9 RAMD reunion di Kedah pada 10 Sep 2011 amat menyeronokkan .
Bertemu kawan kawan lama yang sama sama berjuang. Tidak tahu samaada terdapat
apa apa persatuan dalam Bn 2 Rejimen Renjer. Kalau ada mungkin tidak diketahui. Masih ingat pegawai pegawai
Batalion Ke 2 Rejimen Renjer seperti Lt Kol Rahman Salim , Lt
Kol Wan , Lt Kol Hon
Mun Loong . Semuanya bekas Pegawai
Memerintah ( CO ) Batalion Kedua Rejimen
Renjer yang pada masa itu berpengkalan di Kem Majidee, Johor dan Sibu , Sarawak antara tahun 1981 hingga
1988.
Bekas – bekas pegawai atau ketua
kompeni seperti Mejar Shamsudin ,
Mejar Fakharudin , Mejar Shaari , Mejar Zaide , Mejar Fauzi ( Mungkin semuanya sudah berpangkat Lt Kol )
perlu dirapatkan kembali kerana
mereka mereka inilah merupakan penggerak utama di Bn Ke 2 Rejimen Renjer
ketika itu. Namun semuanya sudak sukar dicari dan ditemui.
Mungkin ada seseorang yang boleh
memula langkah kearah itu setidak tidaknya pegawai pegawai yang masih
berkhidmat sekarang ini seperti Lt Kol Zarondin , Lt
Kol Nordin , Mejar Sulaimen Maiden Kutty
, Lt Kol Gulam Rasul , Mejar Zaharin , Lt Kol Azman , Mej Ishak serta ramai lagi bekas pegawai Bn Ke 2 Rejimen Renjer yang
sudah berpangkat tinggi atau sekurang
kurangnya sudah menjadi Pegawai Memerintah (CO)
Semangat Agi Idup Agi Ngelaban siap tertanam dalam jiwa setiap warga Rejimen
Renjer. Dengan adanya perrtemuan atau
reunion itu akan dapat memperatkan silaturahim antara kita. Ramai antara kita
mungkin sudah tiada dan dijemput Illahi
. Mungkin ada diantara kawan kawan kita terlantar kesakitan atau pun ada diantara kawan kawan kita sudah berjaya
selepas bersara. Semua ini harus kita tahu kerana ianya boleh mengakrabkan antara satu sama
lain.
Berkhidmat dalan pasukan yang
mempunyai pelbagai bangsa Melayu , Cina , India , Iban dan Kadazan
serta pelbagai budaya banyak memberi pengalaman yang teramat berguna
dan kenangan yang amat menyeronokkan.
Kenangan itulah yang perlu diimbas kembali kerana mungkin kini ada antaranya
sudah mencapai umur 60 tahun atau 65 tahun.
Dimana Sjn Saad , Kpl Rashid , RSM Abd Fatah , QM Mejar Abdullah , Sjn Majid dan penyanyi 2 Renjer Sjn Rahman - KING RENJER .
Dimanakah mereka. Mungkin mereka itu sudah tidak boleh berhubung antara satu sama
lain.
LATAR BELAKANG - Bn Ke 2 Rejimen Renjer
Tinta emas kelahiran Batalion Kedua
Rejimen Renjer Diraja telah bermula apabila Tentera British telah
menubuhkan sebuah pasukan infantri yang dikenali dengan 'THE SABAH
RANGERS', pada 16 Sep 1963, bertempat di Kem NYASSA, ULU TIRAM, Johor.
Pada asalnya batalion ini telah diwujudkan dengan dianggotai oleh 8
orang Pegawai British yang diterajui oleh Lt Col W.G WOOD MC, selaku
Pegawai Memerintah. Batalion ini telah diletakkan di bawah“RANGERS GROUP
HEADQUARTERS” yang mana bertanggungjawab di dalam aspek menyelaraskan
polisi penubuhan dan latihan di antara Tentera British dan Angkatan
Tentera Malaysia sehingga tahun 1965.
`Nucleus’ pembentukan pasukan ini telah
memperlihatkan penyerapan seramai 114 orang dari Anggota Tentera
Persekutuan (Malaya) sementara perjawatan serta kekosongan yang lain
telah dipenuhi oleh Pegawai-Pegawai, Pegawai Waren dan PTT dari kalangan
Tentera British. Rangka penubuhan pertama adalah dengan mewujudkan
Markas Pasukan (rangka), Kompeni Markas (anggota tadbir sahaja) dan
Kompeni Rekrut. Pegawai-pegawai berikut merupakan barisan generasi
pertama pasukan:
* Lt Kol W.G Wood MC - Devoishire and Dorset Regiment (D & D) Pegawai Memerintah.
* Major E.B Bailey - New Royal Anglican Regiment (2E. Aglican).
* Capt A.J Rose - Duke of Edinburghs Royal Regiment (DERR).
* Capt (QM) M.D Evanas - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt D.O Christie - (Cameronians) Ajutan.
* Lt R.J Dem Gainher - (Loyals).
* Lt R.B Whittde - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt R.B Porteous - Argylle and Sutherland Highlanders (A & SH).
* WOI J.E Stone - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters) RSM.
* Major E.B Bailey - New Royal Anglican Regiment (2E. Aglican).
* Capt A.J Rose - Duke of Edinburghs Royal Regiment (DERR).
* Capt (QM) M.D Evanas - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt D.O Christie - (Cameronians) Ajutan.
* Lt R.J Dem Gainher - (Loyals).
* Lt R.B Whittde - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt R.B Porteous - Argylle and Sutherland Highlanders (A & SH).
* WOI J.E Stone - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters) RSM.
PENGISIAN ANGGOTA
Batalion ini telah dipindahkan daripada
Ulu Tiram ke Sungai Petani Kedah. Pada 22 Okt 1963, Kumpulan Pendahuluan
telah bergerak ke “Training Depot Brigade of Gurkhas”, SUNGAI PETANI
untuk mengambil alih Kem BAGHDAD LINE East. Pengisian keanggotaan bagi
batalion ini bermula di Baghdad Line dimana tiga siri pengambilan rekrut
telah dilatih disini seperti berikut:
* Pengambilan Siri Pertama. Pada 2 Nov
1963 seramai 120 orang rekrut daripada Negeri Sabah telah melapor ke
pasukan. Pengambilan ini telah memulakan latihan asas rekrut selama 16
minggu bermula pada 11 Nov 1963. Daripada jumlah tersebut, 116 orang
telah menamatkan latihan pada 29 Feb 1964. Perbarisan tamat latihan
telah diadakan bersama dengan rekrut daripada 1 Renjer. Pegawai tabik
hormat semasa perbarisan tersebut adalah Lt Gen Tunku Osman bin Mohd
Jewa JMN selaku “Comd in Chief of all Federation Armed Forces”.
* Pasukan seterusnya secara berperingkat
telah menguruskan sebanyak 4 lagi siri pengambilan untuk melengkapkan
perjawatan pasukan.
PERTUKARAN NAMA BATALION
Pada 1 Feb 1965, nama pasukan ini THE
SABAH RANGERS ataupun dikenali juga dengan 2nd RANGER BN telah dengan
rasminya ditukarkan kepada bahasa Melayu kepada “BATALION KEDUA PASUKAN
RENJER MALAYSIA”.
PENYERAHAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
Pada 4 Okt 1965, bertempat di Kem SUVLA
LINE, IPOH, Perak Kerajaan British telah dengan rasminya menyerahkan
batalion ini kepada Kerajaan Malaysia. Upacara penyerahan telah
dilakukan oleh Mej Gen H.A Lascelles CBE, DSO (Major General, General
Staff HQ FARELF) bagi pihak Kerajaan British kepada Mej Jen Hamid bin
Bidin, Ketua Turus Tentera Darat yang mewakili Kerajaan Malaysia.
Perbarisan tersebut telah dilaksanakan di atas padang bola.
LAMBANG DAN COGANKATA PASUKAN
Batalion ini menggunakan warna hijau tua
yang membawa maksud sedia untuk berjuang. Majoriti daripada anggota
pasukan ini adalah daripada anak negeri Sabah. Suku kaum yang majoriti
di dalam pasukan ini adalah daripada kaum Kadazan. Pada 1 Jun 1969,
cogan kata pasukan ini telah diistiharkan dengan rasminya dalam bahasa
Kadazan iaitu “OSIOU OH KAMANANG” yang bermaksud“SIAPA BERANI MENANG
(WHO DARES WIN)”.
PENGANUGERAHAN PANJI – PANJI REJIMEN
Batalion Kedua Rejimen Renjer telah
dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra
Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang
DiPertua Rejimen Renjer pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin,
Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Pegawai yang diberi penghargaan sebagai
Pegawai Panji-panji adalah Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya (3000871).
PERTUKARAN PANJI – PANJI REJIMEN
Setelah hampir 20 tahun mengharungi
cabaran, mencurahkan tenaga dan berkerjasama membantu dalam pembangunan
negara, panji-panji pasukan telah diusahakan pertukarannya dalam suatu
perbarisan yang penuh bersejarah dan pengiktirafan pada 27 Nov 2000
bertempat di padang kawad Kem SYED PUTRA. Istiadat Pertukaran
Panji-panji Rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua
Rejimen Renjer Diraja, DYMM Tuanku Raja Perlis. Ketua perbarisan selaku
Pegawai Memerintah pasukan pada ketika itu adalah Lt Kol Zulkifli bin
Mansor manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Annuar bin Abdullah dan
SMR Perbarisan adalah PW 1 Ibrahim bin Abun.
LAGU PASUKAN
OSIOU OH KAMANANG dicipta oleh Kpl Johar
bin Affandi dari Pl Tambor manakala liriknya ditulis oleh Sjn Rahman
bin Mufti (KPA PENDIDIKAN) Jurulatih Pelajaran Pasukan pada 14 Feb 1986.
Penciptaannya mengambil masa 3 bulan ketika itu 2 RRD berada di Kem
Majidee, Johor Bharu. Sjn Rahman dan Kp Johar adalah anggota kugiran
KING RANGER ketika itu, yang mana kugiran tersebut merupakan antara yang
popular. Kedua-dua nya telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 1994 di
Kem Syed Putera, Ipoh. Kini Kpl Johar bekerja di sebuah syarikat swasta
dalam bidang muzik di Bintulu Sarawak. Sjn Rahman pula bekerja di RTM
Seremban, Negeri Sembilan.
“OSIOU OH KAMANANG”
Cogan Kata 2 Renjer
Tabah hati Osiou Oh Kamanang
Taat Setia Kepada Raja
Itulah sumpahan Renjer kita
Tabah hati Osiou Oh Kamanang
Taat Setia Kepada Raja
Itulah sumpahan Renjer kita
Amalkan rukun negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kami berjuang Terus Berjuang
Kepentingan Nusa dan Bangsa
Kepercayaan kepada Tuhan
Kami berjuang Terus Berjuang
Kepentingan Nusa dan Bangsa
Pahlawan Renjer Gagah Perkasa
Pantang undur menyerah kalah
Biar kita putih tulang
Jangan kita putih mata
Pantang undur menyerah kalah
Biar kita putih tulang
Jangan kita putih mata
Dari Barat hingga ke Timur
Kami menjaga negara
Pantang Maut Sebelum Ajal
Pasti kita akan berjaya.
Kami menjaga negara
Pantang Maut Sebelum Ajal
Pasti kita akan berjaya.
Captmus: 120911 @ 0500hrs
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAyah saya bekas 2nd renjer.
Pernah juga beliau menceritakan kenangan beliau sewaktu berkidmat sebagai tentera.
Siapa nama ayah tu. Adakah dia kenal saya. Sampaikan salam saya untuknya...
Deleteassalamualaikum tuan.. sy adalah anak bekas ex 2 renjer...tuan boleh cr di fb ex2renjer agi idup agi ngelaban...
Deleteorg panggil Johat (mt)
DeleteCapt pencen pada tahun bila? saya juga merupakan seorang anak bekas 2 Renjer.
ReplyDeletesaya juga adalah bekas anak anggota 2rejimen renjer diraja...kali terakhir dia berkhidmat di KEM SYED PUTRA ,IPOH(1990)...dulu ayahanda saya digelar JOHAR MT...ramai rakan2 seperjuangan menetap di kluang johor...
ReplyDeleteNi rizal ke.. aku zul.. anak sjn rosly mt.. ni tel 0137268480. . Agi idup agi ngelaban.
Deletezulkarnain - 0197630398..
DeleteAslmkm... tlg la nyanyikan lagi 2 renjer... mau dgr juga
ReplyDeleteSaya pernah berkhidmat di 2 rejimen renjer diraja kem terakhir KEM SYED PUTRA IPOH(1990).Ingin mencari kenalan lama yang pernah berkhidmat di 2 renjer.Nama saya ssjn Yusoff bin Buang dan sarjan Abol Kasim nma gelaran Yusoff loreng
ReplyDeletesalam....banyak kenangan saya di perumahan pegawai 2 renjer sewaktu bapa saya bertugas disana...bapa adalah mej amiruddin md zain...
ReplyDeleteSalam captmus. Saya anak kepada Lt Kol (b) Mohd Fauzi Abdullah. Agak captmus kenal x ayah saya. Sbb ayah saya pun bekas pegawai 2rrd
ReplyDeletesy sedang mencari sahabat2 baik..dalam kalangan anak2 ex 2renjer ada beberapa org telah sy jumpa..sy harap sy dapat bertemu mereka seadanya setelah sekian lama x berjumpa..019-7630398..rezal bin johar(mt)...17.04.2017...klau ada mohon contact/whatsapp yea....
ReplyDeletesalam, hamba anakanda kepada Renjer Wan Ibrahim Bin Wan Mat dari Pasir Mas, Kelantan. Menurut ayahanda hamba, beliau pernah bertugas di Labuan, selain itu beliau menyatakan bahawa dia telah berkhidmat bersama 2 Renjer dan turut diserapkan ke 3 renjer. 3 hari yang lepas, beliau telah menerima pingat dari Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong (pingat veteran tak salah hamba, beliau sedang mencari sahabat- sahabat yang telah berkhidmat bersama. Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi nombor telefon beliau 09-7908238 atau menghubungi Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Pasir Mas Kelantan.
ReplyDeletesalam..ayah sy adalah antara anggota terawal dalam rejimen 2 renjer sewaktu d awal penubuhan rejimen ini. Banyak pengalaman yg beliau telah kongsi trmasuk sewaktu mengikuti operasi-operasi sulit merentasi sempadan indonesia-malaysia bersama askar british sewaktu zaman konfrontasi
ReplyDeleteAyah sya adalah bekas anggota 2 renjer sya ingat sya duduk di kem.majide.ayah sana nama ali koboi
ReplyDeleteSalam ayah sy nama mejar Fauzi Abdullah ex 2 renjer
ReplyDeleteSalam semua...arwah ayah saya Mohd Yusof Amuroh (925682)..memang saya kenal Pakcik Johar ni dgn Pakcik Rahman..saya membesar bersama Kugiran 2 Renjer (Majidee Camp)..1979...share rumah bulat kat tepi padang kawat...arwah ayah saya pencen drum major...depa mesti kenal anak usop yg paling nakal ni...he he he 0194771346...
ReplyDeleteAssalamualaikum perwira2 negara ..
ReplyDeleteTersenyum saya sorng diri bila terjumpa blog nih.Saya ada lah ank kepada QM Abdullah dr Kompeni Charlie unit 2 Rejimen Renjer yg berpengkalan d kem Oya Sibu sekitar taun 1989-1991 tp sblum itu Unit ini bermastautin d Kem Majidee Johor Bahru. Utk sebarang info boleh hubungi sya di nombor 017-6770203 . Terima kasih
Assalamualaikum n slmt pagi salam pagi Ramadhan ,emm alhamdulilah ada gruo FB utk anak2 bekas 2 RRD..saya En Amren dulu A kompeni bersama dgn En Ali koboi..saya selalu kerumah en Ali dlm Kem madjidee..tentu anak nya ingat ..nnt klau ada kelapangan bole cal saya 011-11579646
ReplyDelete