Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 12 September 2011

Reunion Bn Ke 2 Rejimen Renjer - Osiou Oh Kamanang

2rrd

“OSIOU OH KAMANANG”
 [ “SIAPA BERANI MENANG (WHO DARES WIN)”.  ]

Bila melihat dan mendengar kawan kawan dari Bn 9 RAMD reunion di Kedah pada 10 Sep 2011 amat menyeronokkan . Bertemu kawan kawan lama yang sama sama berjuang. Tidak tahu samaada terdapat apa apa persatuan  dalam  Bn 2 Rejimen Renjer. Kalau ada mungkin  tidak diketahui. Masih ingat pegawai pegawai Batalion Ke 2 Rejimen Renjer  seperti Lt Kol Rahman Salim , Lt Kol Wan , Lt Kol Hon Mun Loong . Semuanya bekas Pegawai Memerintah ( CO ) Batalion Kedua Rejimen Renjer yang pada masa itu berpengkalan di Kem Majidee, Johor  dan Sibu , Sarawak antara tahun 1981 hingga 1988.


Bekas – bekas pegawai atau ketua kompeni seperti  Mejar Shamsudin  , Mejar Fakharudin , Mejar Shaari , Mejar Zaide , Mejar Fauzi ( Mungkin semuanya sudah berpangkat Lt Kol )  perlu dirapatkan kembali kerana  mereka mereka inilah merupakan penggerak utama di Bn Ke 2 Rejimen Renjer ketika itu. Namun semuanya sudak sukar dicari dan ditemui.

Mungkin ada seseorang yang boleh memula langkah kearah itu setidak tidaknya pegawai pegawai yang masih berkhidmat sekarang ini seperti Lt Kol Zarondin , Lt Kol Nordin , Mejar  Sulaimen Maiden Kutty , Lt Kol Gulam Rasul  , Mejar  Zaharin , Lt Kol Azman , Mej Ishak  serta ramai lagi  bekas pegawai Bn Ke 2 Rejimen Renjer yang sudah berpangkat  tinggi atau sekurang kurangnya sudah menjadi Pegawai Memerintah (CO)

Semangat Agi Idup Agi Ngelaban  siap tertanam dalam jiwa setiap warga Rejimen Renjer. Dengan  adanya perrtemuan atau reunion itu akan dapat memperatkan silaturahim antara kita. Ramai antara kita mungkin sudah tiada  dan dijemput Illahi . Mungkin ada diantara kawan kawan kita terlantar kesakitan  atau pun ada diantara kawan kawan kita sudah berjaya selepas bersara. Semua ini harus kita tahu kerana  ianya boleh mengakrabkan antara satu sama lain.

Berkhidmat dalan pasukan yang mempunyai pelbagai bangsa Melayu , Cina , India , Iban  dan Kadazan  serta pelbagai budaya banyak memberi pengalaman yang teramat berguna dan  kenangan yang amat menyeronokkan. Kenangan itulah yang perlu diimbas kembali kerana mungkin kini ada antaranya sudah mencapai umur 60 tahun atau 65 tahun. 

Dimana Sjn Saad , Kpl Rashid , RSM Abd Fatah , QM Mejar Abdullah , Sjn Majid  dan penyanyi 2 Renjer Sjn Rahman - KING RENJER . Dimanakah mereka. Mungkin mereka itu sudah tidak boleh berhubung antara satu sama lain.

LATAR BELAKANG  - Bn Ke 2 Rejimen  Renjer

Tinta emas kelahiran Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja telah bermula apabila Tentera British telah menubuhkan sebuah pasukan infantri yang dikenali dengan 'THE SABAH RANGERS', pada 16 Sep 1963, bertempat di Kem NYASSA, ULU TIRAM, Johor. Pada asalnya batalion ini telah diwujudkan dengan dianggotai oleh 8 orang Pegawai British yang diterajui oleh Lt Col W.G WOOD MC, selaku Pegawai Memerintah. Batalion ini telah diletakkan di bawah“RANGERS GROUP HEADQUARTERS” yang mana bertanggungjawab di dalam aspek menyelaraskan polisi penubuhan dan latihan di antara Tentera British dan Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 1965.
`Nucleus’ pembentukan pasukan ini telah memperlihatkan penyerapan seramai 114 orang dari Anggota Tentera Persekutuan (Malaya) sementara perjawatan serta kekosongan yang lain telah dipenuhi oleh Pegawai-Pegawai, Pegawai Waren dan PTT dari kalangan Tentera British. Rangka penubuhan pertama adalah dengan mewujudkan Markas Pasukan (rangka), Kompeni Markas (anggota tadbir sahaja) dan Kompeni Rekrut. Pegawai-pegawai berikut merupakan barisan generasi pertama pasukan:
* Lt Kol W.G Wood MC - Devoishire and Dorset Regiment (D & D) Pegawai Memerintah.
* Major E.B Bailey - New Royal Anglican Regiment (2E. Aglican).
* Capt A.J Rose - Duke of Edinburghs Royal Regiment (DERR).
* Capt (QM) M.D Evanas - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt D.O Christie - (Cameronians) Ajutan.
* Lt R.J Dem Gainher - (Loyals).
* Lt R.B Whittde - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt R.B Porteous - Argylle and Sutherland Highlanders (A & SH).
* WOI J.E Stone - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters) RSM.

PENGISIAN ANGGOTA

Batalion ini telah dipindahkan daripada Ulu Tiram ke Sungai Petani Kedah. Pada 22 Okt 1963, Kumpulan Pendahuluan telah bergerak ke “Training Depot Brigade of Gurkhas”, SUNGAI PETANI untuk mengambil alih Kem BAGHDAD LINE East. Pengisian keanggotaan bagi batalion ini bermula di Baghdad Line dimana tiga siri pengambilan rekrut telah dilatih disini seperti berikut:

* Pengambilan Siri Pertama. Pada 2 Nov 1963 seramai 120 orang rekrut daripada Negeri Sabah telah melapor ke pasukan. Pengambilan ini telah memulakan latihan asas rekrut selama 16 minggu bermula pada 11 Nov 1963. Daripada jumlah tersebut, 116 orang telah menamatkan latihan pada 29 Feb 1964. Perbarisan tamat latihan telah diadakan bersama dengan rekrut daripada 1 Renjer. Pegawai tabik hormat semasa perbarisan tersebut adalah Lt Gen Tunku Osman bin Mohd Jewa JMN selaku “Comd in Chief of all Federation Armed Forces”.

* Pasukan seterusnya secara berperingkat telah menguruskan sebanyak 4 lagi siri pengambilan untuk melengkapkan perjawatan pasukan.

PERTUKARAN NAMA BATALION

Pada 1 Feb 1965, nama pasukan ini THE SABAH RANGERS ataupun dikenali juga dengan 2nd RANGER BN telah dengan rasminya ditukarkan kepada bahasa Melayu kepada “BATALION KEDUA PASUKAN RENJER MALAYSIA”.

PENYERAHAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Pada 4 Okt 1965, bertempat di Kem SUVLA LINE, IPOH, Perak Kerajaan British telah dengan rasminya menyerahkan batalion ini kepada Kerajaan Malaysia. Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Mej Gen H.A Lascelles CBE, DSO (Major General, General Staff HQ FARELF) bagi pihak Kerajaan British kepada Mej Jen Hamid bin Bidin, Ketua Turus Tentera Darat yang mewakili Kerajaan Malaysia. Perbarisan tersebut telah dilaksanakan di atas padang bola.

LAMBANG DAN COGANKATA PASUKAN


Batalion ini menggunakan warna hijau tua yang membawa maksud sedia untuk berjuang. Majoriti daripada anggota pasukan ini adalah daripada anak negeri Sabah. Suku kaum yang majoriti di dalam pasukan ini adalah daripada kaum Kadazan. Pada 1 Jun 1969, cogan kata pasukan ini telah diistiharkan dengan rasminya dalam bahasa Kadazan iaitu “OSIOU OH KAMANANG” yang bermaksud“SIAPA BERANI MENANG (WHO DARES WIN)”.

PENGANUGERAHAN PANJI – PANJI REJIMEN

Batalion Kedua Rejimen Renjer telah dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin, Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Pegawai yang diberi penghargaan sebagai Pegawai Panji-panji adalah Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya (3000871).

PERTUKARAN PANJI – PANJI REJIMEN

Setelah hampir 20 tahun mengharungi cabaran, mencurahkan tenaga dan berkerjasama membantu dalam pembangunan negara, panji-panji pasukan telah diusahakan pertukarannya dalam suatu perbarisan yang penuh bersejarah dan pengiktirafan pada 27 Nov 2000 bertempat di padang kawad Kem SYED PUTRA. Istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, DYMM Tuanku Raja Perlis. Ketua perbarisan selaku Pegawai Memerintah pasukan pada ketika itu adalah Lt Kol Zulkifli bin Mansor manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Annuar bin Abdullah dan SMR Perbarisan adalah PW 1 Ibrahim bin Abun.

LAGU PASUKAN

OSIOU OH KAMANANG dicipta oleh Kpl Johar bin Affandi dari Pl Tambor manakala liriknya ditulis oleh Sjn Rahman bin Mufti (KPA PENDIDIKAN) Jurulatih Pelajaran Pasukan pada 14 Feb 1986. Penciptaannya mengambil masa 3 bulan ketika itu 2 RRD berada di Kem Majidee, Johor Bharu. Sjn Rahman dan Kp Johar adalah anggota kugiran KING RANGER ketika itu, yang mana kugiran tersebut merupakan antara yang popular. Kedua-dua nya telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 1994 di Kem Syed Putera, Ipoh. Kini Kpl Johar bekerja di sebuah syarikat swasta dalam bidang muzik di Bintulu Sarawak. Sjn Rahman pula bekerja di RTM Seremban, Negeri Sembilan.

“OSIOU OH KAMANANG”


Cogan Kata 2 Renjer
Tabah hati Osiou Oh Kamanang
Taat Setia Kepada Raja
Itulah sumpahan Renjer kita

Amalkan rukun negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kami berjuang Terus Berjuang
Kepentingan Nusa dan Bangsa

Pahlawan Renjer Gagah Perkasa
Pantang undur menyerah kalah
Biar kita putih tulang
Jangan kita putih mata

Dari Barat hingga ke Timur
Kami menjaga negara
Pantang Maut Sebelum Ajal
Pasti kita akan berjaya.


Mungkin kita boleh memikirkan sesuatu ..
Captmus: 120911 @ 0500hrs

20 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Ayah saya bekas 2nd renjer.

    Pernah juga beliau menceritakan kenangan beliau sewaktu berkidmat sebagai tentera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nama ayah tu. Adakah dia kenal saya. Sampaikan salam saya untuknya...

      Delete
    2. assalamualaikum tuan.. sy adalah anak bekas ex 2 renjer...tuan boleh cr di fb ex2renjer agi idup agi ngelaban...

      Delete
  2. Capt pencen pada tahun bila? saya juga merupakan seorang anak bekas 2 Renjer.

    ReplyDelete
  3. saya juga adalah bekas anak anggota 2rejimen renjer diraja...kali terakhir dia berkhidmat di KEM SYED PUTRA ,IPOH(1990)...dulu ayahanda saya digelar JOHAR MT...ramai rakan2 seperjuangan menetap di kluang johor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rizal ke.. aku zul.. anak sjn rosly mt.. ni tel 0137268480. . Agi idup agi ngelaban.

      Delete
  4. Aslmkm... tlg la nyanyikan lagi 2 renjer... mau dgr juga

    ReplyDelete
  5. Saya pernah berkhidmat di 2 rejimen renjer diraja kem terakhir KEM SYED PUTRA IPOH(1990).Ingin mencari kenalan lama yang pernah berkhidmat di 2 renjer.Nama saya ssjn Yusoff bin Buang dan sarjan Abol Kasim nma gelaran Yusoff loreng

    ReplyDelete
  6. salam....banyak kenangan saya di perumahan pegawai 2 renjer sewaktu bapa saya bertugas disana...bapa adalah mej amiruddin md zain...

    ReplyDelete
  7. Salam captmus. Saya anak kepada Lt Kol (b) Mohd Fauzi Abdullah. Agak captmus kenal x ayah saya. Sbb ayah saya pun bekas pegawai 2rrd

    ReplyDelete
  8. sy sedang mencari sahabat2 baik..dalam kalangan anak2 ex 2renjer ada beberapa org telah sy jumpa..sy harap sy dapat bertemu mereka seadanya setelah sekian lama x berjumpa..019-7630398..rezal bin johar(mt)...17.04.2017...klau ada mohon contact/whatsapp yea....

    ReplyDelete
  9. salam, hamba anakanda kepada Renjer Wan Ibrahim Bin Wan Mat dari Pasir Mas, Kelantan. Menurut ayahanda hamba, beliau pernah bertugas di Labuan, selain itu beliau menyatakan bahawa dia telah berkhidmat bersama 2 Renjer dan turut diserapkan ke 3 renjer. 3 hari yang lepas, beliau telah menerima pingat dari Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong (pingat veteran tak salah hamba, beliau sedang mencari sahabat- sahabat yang telah berkhidmat bersama. Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi nombor telefon beliau 09-7908238 atau menghubungi Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Pasir Mas Kelantan.

    ReplyDelete
  10. salam..ayah sy adalah antara anggota terawal dalam rejimen 2 renjer sewaktu d awal penubuhan rejimen ini. Banyak pengalaman yg beliau telah kongsi trmasuk sewaktu mengikuti operasi-operasi sulit merentasi sempadan indonesia-malaysia bersama askar british sewaktu zaman konfrontasi

    ReplyDelete
  11. Ayah sya adalah bekas anggota 2 renjer sya ingat sya duduk di kem.majide.ayah sana nama ali koboi

    ReplyDelete
  12. Salam ayah sy nama mejar Fauzi Abdullah ex 2 renjer

    ReplyDelete
  13. Salam semua...arwah ayah saya Mohd Yusof Amuroh (925682)..memang saya kenal Pakcik Johar ni dgn Pakcik Rahman..saya membesar bersama Kugiran 2 Renjer (Majidee Camp)..1979...share rumah bulat kat tepi padang kawat...arwah ayah saya pencen drum major...depa mesti kenal anak usop yg paling nakal ni...he he he 0194771346...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum perwira2 negara ..
    Tersenyum saya sorng diri bila terjumpa blog nih.Saya ada lah ank kepada QM Abdullah dr Kompeni Charlie unit 2 Rejimen Renjer yg berpengkalan d kem Oya Sibu sekitar taun 1989-1991 tp sblum itu Unit ini bermastautin d Kem Majidee Johor Bahru. Utk sebarang info boleh hubungi sya di nombor 017-6770203 . Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum n slmt pagi salam pagi Ramadhan ,emm alhamdulilah ada gruo FB utk anak2 bekas 2 RRD..saya En Amren dulu A kompeni bersama dgn En Ali koboi..saya selalu kerumah en Ali dlm Kem madjidee..tentu anak nya ingat ..nnt klau ada kelapangan bole cal saya 011-11579646

    ReplyDelete